Hidup ini hanyalah persinggahan sementara seorang Hamba Allah. Suatu tempat yang penuh ujian bagi seorang Hamba Allah. Hanya dengan bertaqwa kepadaNya yang mampu membantu hambaNya untuk meneruskan perjalanan hidup ini.Hanya satu kekuatan yang Allah anugerahkan kepada hambaNya iaitu DOA. Tidak ada yang dapat menolak takdir Allah SWT selain daripada DOA kepadaNya.
Al
Ghafur bermaksud Allah adalah Zat Yang Maha Pengampun, yang memberikan
keampunan kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas mahu bertaubat dan sedaya
upaya tidak akan mengulanginya walaupun dosa-dosanya amat banyak.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az Zumar (39): 53)
Orang
yang ingin bertaubat, perbanyakkan membaca Ya Ghafur sebagai amalan harian
terutama selepas solat fardu dengan pengharapan kepada Allah Yang Maha Pengampun
dengan mengakui segala dosa yang telah dilakukan dan cuba sedaya upaya untuk
tidak mengulanginya lagi. InsyaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah dengan
sifatnya Yang Maha Pengampun.
Jika
merasakan diri amat berdosa, merasa bebanan ujian yang amat berat untuk
ditanggung dan juga mempunyai hati yang selalu keluh kesah dan tidak tenang,
amalkan zikir Ya Ghafur dengan menghayatinya sepenuh hati mengakui segala dosa
dan kita hambaNya yang amat lemah, InsyaAllah segala bebanan ujian akan hilang
dan Allah Ya Ghafur akan mengampuni dosa-dosa kita.
Maṡalullażīna yunfiqụna amwālahum fī sabīlillāhi kamaṡali ḥabbatin ambatat sab'a sanābila fī kulli sumbulatim mi`atu ḥabbah, wallāhu yuḍā'ifu limay yasyā`, wallāhu wāsi'un 'alīm Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh (7) tangkai; tiap-tiap tangkai it pula mengandungi 100 biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu
pengetahuanNya.
(Al Baqarah (2): 261)
Allah menurunkan malaikat untuk
mendoakan hamba-hambaNya yang bersedekah seperti dinyatakan di dalam hadis:
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui oleh seorang
hamba melainkan aka nada dua (2) malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikanlah
kepada pemberi sedekah ini ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi pun berdoa:
Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Antara kelebihan sedekah yang diberikan
oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya:
1.Dapat
menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan
2.Dapat
memberi pahala
3.Mendapat
pahala yang berterusan bagi sedekah yang diberikan walaupun telah meninggal
dunia
4.Dapat
menolak bala dan musibah
5.Dapat
menyembuhkan penyakit dengan izinNya
6.Dapat
membuka pintu-pintu kebaikan
7.Dapat
membuka pintu rezeki dan kekayaan
Jadikan sedekah sebagai amalan setiap
hari di dalam kehidupan dan lakukan sedekah ini dengan niat yang penuh
keikhlasan untuk mencari keampunan dan redha Allah SWT.
Jom kita mulakan sekarang.
Bagi yang mempunyai masalah kewangan dan
ingin mendapatkan cara untuk melunaskan hutang, boleh berikhtiar dengan
memiliki ebook Doa Mustajab Untuk Melangsaikan
Hutang & Menarik Rezeki Yang Berkat,
boleh klik link di bawah: