Al
Ghafur bermaksud Allah adalah Zat Yang Maha Pengampun, yang memberikan
keampunan kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas mahu bertaubat dan sedaya
upaya tidak akan mengulanginya walaupun dosa-dosanya amat banyak.
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ
لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az Zumar (39): 53)
Orang
yang ingin bertaubat, perbanyakkan membaca Ya Ghafur sebagai amalan harian
terutama selepas solat fardu dengan pengharapan kepada Allah Yang Maha Pengampun
dengan mengakui segala dosa yang telah dilakukan dan cuba sedaya upaya untuk
tidak mengulanginya lagi. InsyaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah dengan
sifatnya Yang Maha Pengampun.
Jika
merasakan diri amat berdosa, merasa bebanan ujian yang amat berat untuk
ditanggung dan juga mempunyai hati yang selalu keluh kesah dan tidak tenang,
amalkan zikir Ya Ghafur dengan menghayatinya sepenuh hati mengakui segala dosa
dan kita hambaNya yang amat lemah, InsyaAllah segala bebanan ujian akan hilang
dan Allah Ya Ghafur akan mengampuni dosa-dosa kita.
🌹Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹
No comments:
Post a Comment