Banyak sebab musabab yang menyebabkan
rezeki kita menjadi sempit dan susah untuk sampai kepada kita walaupun pelbagai
usaha dan ikhtiar telah dilakukan.
Jom kita muhasabah diri agar kita dapat
memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari masa ke
semasa dengan penuh istiqamah.
Ini adalah antara sebab kenapa rezeki kita
menjadi sempit dan susah:
1.
Banyak
melakukan dosa dan maksiat
2.
Tidak
menghormati ibu bapa
3.
Kurang
beristighfar memohon keampunan
4.
Kurang
membaca Al Quran
5.
Kurang
bersalawat kepada Nabi SAW
6.
Tidak
mengikuti sunnah Nabi SAW
7.
Kurang
bersedekah
8.
Memutuskan
silaturahim sesama manusia
9.
Suka
menyusahkan di dalam sesuatu perkara seperti tidak suka bertolak ansur
10. Kurang/ tidak bersyukur
dengan apa yang ada
11. Tidak bersungguh-sungguh
untuk menyelesaikan hutang
12. Mempunyai sifat sombong, riak
dan ujub
13. Suka berprasangka buruk
14. Mudah berputus asa di dalam
sesuatu perkara
15. Meninggalkan ibadah wajib
seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya
Dah tahu mana satu kelemahan diri daripada
senarai di atas? Sama-samalah kita berazam untuk meninggalkan sifat-sifat
tersebut dan berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mestilah berubah kerana Allah
SWT agar sentiasa mendapat keampunan dan rahmat daripadaNya. Bukan hanya
semata-mata kerana ingin meraih rezeki.
Walahuallam.
๐นKlik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga ๐น
No comments:
Post a Comment