Kita boleh jadikan shalawat sebagai
zikir harian kita walau di mana kita berada kecuali tempat seperti tandas. Tetapi
ada waktu-waktu tertentu yang amat sesuai untuk kita bershalawat seperti:
1.
Ketika
masuk dan keluar daripada masjid/ surau
2.
Selepas
selesai membaca tasyahud akhir
3.
Sesudah
azan
4.
Ketika
solat Hari Raya
5.
Ketika
solat jenazah
6.
Ketika
memulakan dan menutup doa
7.
Ketika
ingin memulakan sesuatu urusan
8.
Ketika
orang menyebut nama Nabi Muhammad SAW
9.
Setiap
waktu pagi dan petang
10. Ketika berjumpa sahabat
11. Ketika kita ditimpa kesusahan
12. Waktu malam dan siang pada
hari Jumaat
13. Ketika berkhutbah
14. Apabila mengadakan majlis
15. Ketika menziarahi makam Nabi
16. Ketika membaca doa qunut
Perbanyakkan shalawat walau di mana kita
berada kerana bershalawat itu akan membantu kita mendapatkan syafaat Nabi
Muhammad SAW di akhirat kelak dan sebagai penghapus dosa.
Semoga ilmu ini bermanfaat.
๐น Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga ๐น
No comments:
Post a Comment