Besarnya pahala orang yang bersedekah
seperti yang telah dinyatakan di dalam Al Quran:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh (7) tangkai; tiap-tiap tangkai it pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al Baqarah (2): 261)
Allah menurunkan malaikat untuk
mendoakan hamba-hambaNya yang bersedekah seperti dinyatakan di dalam hadis:
Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Nabi
Muhammad SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui oleh seorang
hamba melainkan aka nada dua (2) malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikanlah
kepada pemberi sedekah ini ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi pun berdoa:
Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Antara kelebihan sedekah yang diberikan
oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya:
1.
Dapat
menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan
2.
Dapat
memberi pahala
3. Mendapat
pahala yang berterusan bagi sedekah yang diberikan walaupun telah meninggal
dunia
4.
Dapat
menolak bala dan musibah
5.
Dapat
menyembuhkan penyakit dengan izinNya
6.
Dapat
membuka pintu-pintu kebaikan
7.
Dapat
membuka pintu rezeki dan kekayaan
Jadikan sedekah sebagai amalan setiap
hari di dalam kehidupan dan lakukan sedekah ini dengan niat yang penuh
keikhlasan untuk mencari keampunan dan redha Allah SWT.
Jom kita mulakan sekarang.
Bagi yang mempunyai masalah kewangan dan
ingin mendapatkan cara untuk melunaskan hutang, boleh berikhtiar dengan
memiliki ebook Doa Mustajab Untuk Melangsaikan
Hutang & Menarik Rezeki Yang Berkat,
boleh klik link di bawah:
🌹Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹
No comments:
Post a Comment