Monday, January 20, 2020

Asmaul Husna Al Ghafur Yang Maha Pengampun


Al Ghafur bermaksud Allah adalah Zat Yang Maha Pengampun, yang memberikan keampunan kepada hambaNya yang benar-benar ikhlas mahu bertaubat dan sedaya upaya tidak akan mengulanginya walaupun dosa-dosanya amat banyak.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Az Zumar (39): 53)


Orang yang ingin bertaubat, perbanyakkan membaca Ya Ghafur sebagai amalan harian terutama selepas solat fardu dengan pengharapan kepada Allah Yang Maha Pengampun dengan mengakui segala dosa yang telah dilakukan dan cuba sedaya upaya untuk tidak mengulanginya lagi. InsyaAllah taubatnya akan diterima oleh Allah dengan sifatnya Yang Maha Pengampun.


Jika merasakan diri amat berdosa, merasa bebanan ujian yang amat berat untuk ditanggung dan juga mempunyai hati yang selalu keluh kesah dan tidak tenang, amalkan zikir Ya Ghafur dengan menghayatinya sepenuh hati mengakui segala dosa dan kita hambaNya yang amat lemah, InsyaAllah segala bebanan ujian akan hilang dan Allah Ya Ghafur akan mengampuni dosa-dosa kita.


🌹Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹



Sunday, January 5, 2020

Besarnya Pahala Bersedekah


Besarnya pahala orang yang bersedekah seperti yang telah dinyatakan di dalam Al Quran:


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maṡalullażīna yunfiqụna amwālahum fī sabīlillāhi kamaṡali ḥabbatin ambatat sab'a sanābila fī kulli sumbulatim mi`atu ḥabbah, wallāhu yuḍā'ifu limay yasyā`, wallāhu wāsi'un 'alīm
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh (7) tangkai; tiap-tiap tangkai it pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al Baqarah (2): 261)


Allah menurunkan malaikat untuk mendoakan hamba-hambaNya yang bersedekah seperti dinyatakan di dalam hadis:

Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada suatu pagi (hari) pun yang dilalui oleh seorang hamba melainkan aka nada dua (2) malaikat turun dan berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada pemberi sedekah ini ganti (sedekahnya). Malaikat satu lagi pun berdoa: Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan.”
(HR Bukhari dan Muslim)


Antara kelebihan sedekah yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya:

1.     Dapat menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan
2.     Dapat memberi pahala
3.  Mendapat pahala yang berterusan bagi sedekah yang diberikan walaupun telah meninggal dunia
4.     Dapat menolak bala dan musibah
5.     Dapat menyembuhkan penyakit dengan izinNya
6.     Dapat membuka pintu-pintu kebaikan
7.     Dapat membuka pintu rezeki dan kekayaan


Jadikan sedekah sebagai amalan setiap hari di dalam kehidupan dan lakukan sedekah ini dengan niat yang penuh keikhlasan untuk mencari keampunan dan redha Allah SWT.

Jom kita mulakan sekarang.

Bagi yang mempunyai masalah kewangan dan ingin mendapatkan cara untuk melunaskan hutang, boleh berikhtiar dengan memiliki ebook Doa Mustajab Untuk Melangsaikan Hutang & Menarik Rezeki Yang Berkat, boleh klik link di bawah:

🌹Klik Link  eStore Untuk Anda Sekeluarga  🌹





Friday, January 3, 2020

Waktu Yang Sesuai Untuk Bershalawat


Kita boleh jadikan shalawat sebagai zikir harian kita walau di mana kita berada kecuali tempat seperti tandas. Tetapi ada waktu-waktu tertentu yang amat sesuai untuk kita bershalawat seperti:


1.     Ketika masuk dan keluar daripada masjid/ surau
2.     Selepas selesai membaca tasyahud akhir
3.     Sesudah azan
4.     Ketika solat Hari Raya
5.     Ketika solat jenazah
6.     Ketika memulakan dan menutup doa
7.     Ketika ingin memulakan sesuatu urusan
8.     Ketika orang menyebut nama Nabi Muhammad SAW
9.     Setiap waktu pagi dan petang
10.  Ketika berjumpa sahabat
11.  Ketika kita ditimpa kesusahan
12.  Waktu malam dan siang pada hari Jumaat
13.  Ketika berkhutbah
14.  Apabila mengadakan majlis
15.  Ketika menziarahi makam Nabi
16.  Ketika membaca doa qunut


Perbanyakkan shalawat walau di mana kita berada kerana bershalawat itu akan membantu kita mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak dan sebagai penghapus dosa.

Semoga ilmu ini bermanfaat.


🌹 Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹




Kelebihan Shalawat Munjiyat Untuk Keperluan Yang Terdesak


Perkataan Munjiyat bermaksud penyelamat, menyelamatkan dan keselamatan. Shalawat Munjiyat ialah shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dan di dalamnya kita berdoa agar diberi  keselamatan dalam menghadapi musibah yang menimpa dan dikeluarkan daripada segala kesempitan atau kesusahan yang dihadapi. Kesempitan dan kesusahan ini merangkumi masalah kewangan, rumahtangga, penyakit dan sebagainya.


Di dalam Surah Al-Ahzab (33):56


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Innallāha wa malā`ikatahụ yuṣallụna 'alan-nabiyy, yā ayyuhallażīna āmanụ ṣallụ 'alaihi wa sallimụ taslīmā

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.


“Sesiapa yang bershalawat ke atasku satu (1) kali, maka Allah bershalawat kepadanya sepuluh (10) kali, dihapuskan daripadanya sepuluh (10) kesalahan dan diangkat darjatnya sepuluh (10) tingkat.” (Hadis Riwayat Nasa’I & Ibnu Hibban)

Allah bershalawat di sini bermaksud Allah memberikan rahmatNya kepada orang yang bershalawat.


Shalawat ini diilhamkan oleh seorang ulama sufi Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir daripada Tariqat Asy-Syadzili.

Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir berada di dalam pelayaran di laut apabila kapal yang dinaiki dilanda angin ribut yang dasyat sehingga ramai yang tidak dapat diselamatkan daripada karam.  Asy- Syadzili Syaikh Shalih Musa Al-Dahrir merasa sangat mengantuk sehingga beliau tertidur. Di dalam tidur beliau bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW lalu diajarkan Shalawat Munjiyat dan dan baginda meminta semua yang ada di dalam kapal membaca Shalawat Munjiyat  sebanyak 1000 kali. Beliau terbangun daripada tidur dan mengajarkan shalawat ini kepada semua. Mereka membaca shalawat ini sebanyak 300 kali lalu Allah SWT telah menyelamatkan mereka.
  

SHALAWAT MUNJIYAT:

اللَهُمَّ صَلِّ عَلَي سَيِّدِنَا مُحمَدٍ صَلاَةٌ تُنْجيْنَا بِهَا مِنَ جَمِيْعَ الأهَوْاَلِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بها جَمِيعَ الحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَيّئاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَي الدَرَجَاتِ وَتُبَلّغُنَا بِهَا أَقْصَي الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيرَاتِ فِي الحَيَاةِ وَبَعْدَ المَمَاتِ برحمتك يا أرحم الراحمين

  
Allohumma sholli ‘ala syaiyidina muhammad sholatan tunjina biha min jami’il ahwali wal afat wataqdilana biha jami’il hajat watutohhiruna biha min jami’is syayyiat watarfa’una biha a’lad darojat watuballi ghuna biha aqshol ghoyat min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal mamat. Birohmatika ya Arhamar Rahimin.

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah shalawat kepada Junjunga kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan shalawat itu; Engkau akan menyelamatkan kami daripada segala bala bencana dan segala penyakit (cubaan). Yang dengan shalawat iyu; Engkau memakbulkan kami segala hajat (kami). Yang dengannya Engkau membersihkan kami daripada segala dosa kejahatan (keburukan dan kesalahan) kami. Yang dengannya; Engkau mengangkat kami di sisiMu akan setinggi-tinggi darjat. Yang dengannya; Engkau menyampaikan kami kepada kemuncak segala harapan kami, daripada segala kebaikan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat (selepas kematian). Dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani daripada segala yang mengasihani.


Kelebihan Bershalawat:

1.     Sebagai penghapus dosa
2.     Mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak
3.     Orang yang sentiasa bershalawat secara istiqamah boleh menghindarkan kemiskinan di dalam kehidupannya
4.     Bershalawat secara istiqamah akan mendapat rahmat daripada Allah SWT
5.     Mendatangkan segala hajat di mana dengan izin Allah, doa-doa akan dimakbulkan.
6.     Memperolehi keselamatan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat
7.     Memperolehi ketenangan
8.     Menghilangkan kesusahan
9.     Memudahkan segala kesusahan
10.  Membuka pintu-pintu rezeki
11.  Meninggikan darjat
12.  Dibukakan jalan-jalan keluar untuk melangsaikan hutang

Semoga kita dapat mengamalkan Shalawat Munjiyat dengan penuh keikhlasan untuk mendapatkan rahmat daripada Allah SWT dan syafaat Nabi SAW di akhirat kelak.



🌹Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹




Thursday, January 2, 2020

Kenapa Rezeki Kita Susah?


Banyak sebab musabab yang menyebabkan rezeki kita menjadi sempit dan susah untuk sampai kepada kita walaupun pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilakukan.

Jom kita muhasabah diri agar kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik dari masa ke semasa dengan penuh istiqamah.

Ini adalah antara sebab kenapa rezeki kita menjadi sempit dan susah:

1.     Banyak melakukan dosa dan maksiat
2.     Tidak menghormati ibu bapa
3.     Kurang beristighfar memohon keampunan
4.     Kurang membaca Al Quran
5.     Kurang bersalawat kepada Nabi SAW
6.     Tidak mengikuti sunnah Nabi SAW
7.     Kurang bersedekah
8.     Memutuskan silaturahim sesama manusia
9.     Suka menyusahkan di dalam sesuatu perkara seperti tidak suka bertolak ansur
10.  Kurang/ tidak bersyukur dengan apa yang ada
11.  Tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang
12.  Mempunyai sifat sombong, riak dan ujub
13.  Suka berprasangka buruk
14.  Mudah berputus asa di dalam sesuatu perkara
15.  Meninggalkan ibadah wajib seperti solat, puasa, menutup aurat dan sebagainya

Dah tahu mana satu kelemahan diri daripada senarai di atas? Sama-samalah kita berazam untuk meninggalkan sifat-sifat tersebut dan berubah menjadi seorang yang lebih baik. Mestilah berubah kerana Allah SWT agar sentiasa mendapat keampunan dan rahmat daripadaNya. Bukan hanya semata-mata kerana ingin meraih rezeki.


Walahuallam.

🌹Klik Link eStore Untuk Anda Sekeluarga 🌹